Mini Roadshow Bersama Jabatan Penerangan Belawai Dengan Komuniti Tanjung Manis
15 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 November 2018, pihak dari Jabatan Penerangan Belawai telah berkunjung ke Pusat Internet Tanjung Manis bagi mempromosikan dan memberitahu perkhidmatan yang mereka tawarkan iaitu Pusat Maklumat Rakyat. Turut dijemput hadir adalah komuniti dari kawasan Tanjung Manis bagi bersama-sama menjayakan aktiviti jelajah mini ini. Di samping itu, mini kuiz turut diadakan.
Bagi sesiapa yang berjaya menjawab kuiz tersebut akan diberi hadiah dan cendera mata sebagai penghargaan. Mini Roadshow berlangsung selama 3 jam sahaja, iaitu bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: